Search This Blog

Saturday, 20 August 2011

CerPen ( aLam RemaJa )

         
                                                                   BAB SATU

           Alam remaja yang kita lalui mesti kna hargai NK tahu kenapa sebab zaman renmaja hanya sebentar   disitulah tempat kita belajar dan kejar cita-cita kita.... jOm kita ikuti Kisah iNi, 

         Krriiiiinnggg!!! Loceng sudah berbunyi, tandanya masa untuk rehat, ramai pelajar berpusu-pusa ke kantin untuk makan bersama kawan-kawan, tetapi shirah masih ditempatnya tegun dengan kerjanya yang belum disiap, Tiba-tiba terdengar Suara tidak asing baginya "Assalamualaikum. bashirah tidah rehat ke???" sapuk Cikgu Amran. Pelajaran Al-Quran adlah mata pelajaran yang amat penting dalam imtihan SMU untuk mendapatkan sijil SMU. "Wa'alaikumuSalam, sebentar lagi ana pergi, nak siapkan kerja yang ustaz Hud berikan tadi" jawab bashirah yang acuh tak acuh, cikgu Amran masih tersenyum melihat gelagak bashirah. " Owh, kerja sekOlah ana yang bagi kemarin dah siap???" Badan Ustaz Amran semakin dkat membuatkan bashirah tidah selesa dengan situasi begitu, dalam kelasnya  hanya ada ustaz Amran dengan Bashirah yang lain semua keluar. "dah siap ustaz, ustaz nak ke???" sambil matanya ke arah luar tingkap sambil tengOk pelajar meNikmati makanan di kantin. "Tidak, saja tanya, hihihi... Ustaz nak tanya 1 soalan pada anti boleh?" Hati bashirah mula berdebar, takut ustaz tanya yang aneh padanya fikiranya mula tidak tentu hala. " Apa dia ustaz kalau soAlan itu dapat ana jawab InsyAllah ana jawab"  Ustaz Amran mula merenun dgn mata yang agak aneh. " Ustaz Mahu sambung belajar di Mesir, atas pemintaan keluarga, bashirah mahu ikut? " Soalan yang dipaparkan sebentar tadi membuat bashirah kaku seketika di tempat duduknya, dan membuat bashirah semakin tidak selesa dengan keadaan begitu, dan fikirannya mula tertanya-tanya, kenapa dia tanya aku??? "kalau mahu ikut kita kena ijib kabul dahulu". sambung ustaz Amran,bashirah masih kaku di tempatnya dan tidak terkata apa-apa, dan fikiran bashirah mula melayang-layang tidak tentu arah.. 
         
                 Selapas itu, ustaz pergi dengan senyuman sambil ketawa, " Fikir baik-baik ustaz tunggu jawapan anti"  jeritan ustaz didengar oleh kawannya yang menuju kearah kelasnya.. Lalu sahabatnya yang akrab dengannya duduk ditepi lalu bertanya " Apa soalan yang ustaz tanya pada anti shirah? " bashirah mula dikejutkan oleh Intan, selalunya bashirah selalu berkongsi cerita, kesedihan, kedukaan kepada intan kali ini bashirah hanya senyap sahaja.




Friday, 8 July 2011

Pesanan Untuk Orang C@ntik


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.
Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.
Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.
Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.
Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.
Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.
Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!